Sunday, December 20, 2009

Eira Syazira, Isaac bercinta?


EIRA SYAZIRA


HARI Khamis lalu, Diva dapat panggilan telefon daripada spy Diva, Prada Prodo yang keluar berkeliaran di KLCC. Katanya selain dia nampak sekumpulan media bertemu ibu pelakon Zizie Ezette di Starbucks, dia terserempak juga dengan dua pelakon yang membuat dia terkejut.

Punyalah kepoh si Prada Prodo ni, sampai dia terus menyiasat adakah pasangan pelakon yang dia nampak itu benar. Sebabnya setahu Prada, pelakon lelaki ini ada hubungan baik dengan pelakon perempuan lain. Sementara, yang pelakon perempuan itu pula dikaitkan bercinta dengan pengarah.

Menurut Si Prada lagi, dia terserempak dengan pelakon drama bersiri Anak Mami yang popular di TV9, Isaac, sedang jalan beriringan dengan pelakon yang pernah dikaitkan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Wan Sharmila dan Fazli iaitu Eira Syazira. Prada kata dia agak terkejut sebab apa yang diketahuinya, Isaac ada hubungan baik dengan pelakon Faezah Elai. Tapi kenapa pula tiba-tiba mesra dengan Eira Syazira di KLCC?


ISAAC


"Mula-mula terserempak dengan mereka di tingkat dua, aku tak ambil port sangat sebab aku tahu itu mesti Isaac dan Faezah. Tapi bila aku terserempak mereka sekali lagi di depan Guardian, baru aku perasan yang perempuan itu bukan Faezah, tapi Eira. Itu pun mukanya tak berapa jelas sebab dia pakai topi, tapi bila aku perhati betul-betul, memang Eira. Sekarang mereka sedang bercinta ke?" tanya si Prada.

Diva nampaknya kena suruh budak-budak Kosmo! risik hal ini. Manalah tahu si Prada Prodo tersalah pandang ke. Tapi kalau betul, Diva harap mereka berdua tidak mengelak. Jangan bagi alasan klise pula nanti ya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: