SEBANYAK empat orang ibu bersama permata hati masing-masing menjadi perhatian apabila gambar penuh kasih sayang mereka memenangi hadiah utama peraduan Johnson's® Baby Most Loving Moments baru-baru ini.
Mereka ialah Nafisah Tamby Hussin dari Melaka, Norlina Ramsi dari Johor, Noorazlina Azman dari Melaka, dan Azura Aman dari Selangor. Masing-masing berjaya menggambarkan empat kategori Giggle and Vocalization, Reaching Out, Brighter Smile, dan Gazes yang dipertandingkan.
Bagi memastikan detik-detik tersebut diambil dengan sempurna, Johnson's® baby telah mengupah sekumpulan jurugambar profesional untuk mengambil gambar di lokasi tertentu di seluruh Malaysia. Sebuah trak merah jambu yang telah diubahsuai telah dijadikan studio bergerak.
Para ibu hanya perlu singgah ke trak tersebut bersama si manja mereka untuk merakamkan detik-detik penuh kasih sayang. Gambar terbaik yang mencerminkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak akan memenangi hadiah utama bagi setiap kategori. Gambar-gambar itu juga akan ditampilkan dalam kempen pengiklanan rangkaian Johnson's® Baby Moisturizing.
Bagi kategori Reaching Out, ia dimenangi oleh Norliza Ramzi dan anaknya, Dyeea Danielya Sofea. Gambar mereka menunjukkan Dyeea memegang blaus ibunya sambil tersenyum melihat wajah ibunya yang juga riang.
"Saya tak sangka akan menang. Saya menyertai peraduan ini hanya suka-suka sahaja. Saya dan anak saya cuma menunjukkan kegembiraan kami semasa sesi mengambil gambar kerana keadaannya selesa," kata Norlina yang merupakan ibu kepada dua orang anak perempuan.
Nafisah merupakan seorang lagi ibu yang terkejut dengan kemenangannya dalam kategori Giggling and Vocalization.
"Saya menyertai peraduan ini secara spontan. Apabila saya ternampak trak merah jambu tersebut, saya berasa rugi jika tidak mencuba kerana jurugambar yang terlibat adalah profesional," kata Nafisah.
|
|
Walaupun si manjanya, Aminah Naylisa Amirruddin kelihatan sedang bergelak ketawa di dalam gambar tersebut, namun menurutnya, anaknya penat dan menangis sebelum itu.
"Untuk menenangkannya, saya memeluknya, senyum dan bermain dengannya," kata Nafisah sambil tersenyum.
Setiap pemenang menerima hamper produk Johnson's® baby bernilai RM250 dan akan ditampilkan dalam iklan di seluruh Malaysia yang menunjukkan gambar detik-detik penuh kasih sayang yang diambil semasa kempen tersebut. Gambar-gambar yang menang itu juga diundi oleh ibu-ibu di Malaysia menerusi undian dalam talian di laman web www.ilovejohnsonsbaby.com/lovingmoments.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: