Friday, December 18, 2009

Dengarnya...: Nurul kecewa lagi



NURUL perlu lebih tabah menghadapai dugaan hidup.

KITA merancang, Tuhan menentukan. Demikian yang terjadi kepada Nurul Huda, ibu tunggal kepada Ayu Nazirah mengenai episod bahagianya. Sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan turun di tengah hari. Cik Normah dapat tahu cerita cinta ibu tunggal hot ini kecundang juga tanpa diduga.

alau ada yang masih ingat, Cik Normah pernah tulis dalam ruangan ini mengenai hasrat Nurul untuk menghebahkan pengumuman baik dalam hidupnya. Malah pihak media pun sudah tidak sabar menunggu perkhabaran yang ingin diberitahunya. Malangnya kelmarin, Nurul dalam satu sidang media hanya mengumumkan pelantikannya sebagai duta produk.

Tapi apakan daya, semuanya hancur berkecai dan soal hati terlalu rumit untuk diperdebatkan lagi. Cik Normah pun ingatkan penamat kalendar 2009 akan memberikan sisi indah kepadanya tapi sebaliknya yang terjadi. Mungkin ada rahmat dan hikmah di sebalik semua ini.

Tak apalah Nurul, ramai lagi lelaki yang menagih cinta kamu itu selepas ini. Harapnya Nurul akan membuat pertimbangan wajar supaya pisang tidak berbuah banyak kali. Cik Normah yakin kematangan dan pengalaman Nurul mengatasi segala-galanya.

Pergi satu, insya-Allah akan datang banyak lagi pilihan. Cik Normah yakin ketika ini, pastinya Nurul sedang mengubat hatinya yang kembali sepi. Apa-apapun kembali mengingati Tuhan Yang Maha Esa itu satu perkara afdal tatkala kita sesat mencari kepastian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: