Thursday, December 3, 2009

Dengarnya... Dia Fadila ke China



Dila Fadila

HARI ini, Cik Normah difahamkan penyanyi yang juga pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Dia Fadila ke China atas undang membuat persembahan untuk Kedutaan Malaysia di sana. Tak silap Cik Normah, Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik pada 2005 itu akan berada di sana selama enam hari.

Dalam diam rupanya, Dia bijak mencuri peluang untuk memasarkan dirinya di negara luar. Baguslah begitu, jangan tunggu atau mengharapkan orang lain bertindak sebaliknya inisiatif sendiri juga wajar dititikberatkan. Kepada Dia, Cik Normah doakan semoga terus berjaya membuat persembahan di sana.

Biarpun dalam masa yang sama, Dia sibuk dengan kerjayanya sebagai pensyarah. Malahan, sejak kebelakangan ini kerana terlalu sibuk dengan kerjanya itu, mungkin ramai yang sudah mula melupakan namanya. Biarpun jarang muncul di kaca TV atau media cetak, Cik Normah dapat tahu, Dia masih memenuhi undangan membuat persembahan secara tertutup.

Alang-alang menyebut nama Dia, Cik Normah tertunggu-tunggu juga khabar mengenai kisah peribadi penyanyi itu yang kononnya nak kahwin kerana sudah mempunyai buah hati.


Tak apalah, kalau Dia ada terbaca jangan lupa hubungi teman sepejabat Cik Normah untuk mengesahkan perkara itu. Cik Normah tunggu ya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: