Thursday, December 17, 2009

500 syarikat pengawal disiasat

PUTRAJAYA - Kira-kira 500 syarikat pengawal keselamatan di negara ini sedang disiasat oleh satu pasukan khas bagi memastikan ia beroperasi mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam berkata, tindakan itu dilakukan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan yang diberi di samping memastikan kakitangannya berkualiti dan mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

"Pasukan khas ini telah dibahagikan kepada beberapa zon iaitu zon timur, barat, selatan dan utara termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Siasatan ini dijangka mengambil masa tiga bulan dan keputusannya diumumkan pada Mac tahun depan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kursus pengenalan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 antara KDN dan International Organization for Migration (IOM) di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi dan Ketua Pertubuhan IOM, Valerie Dourdin Fernandez.

Tambah Mahmood, siasatan yang dijalankan dengan kerjasama pihak persatuan pengawal keselamatan itu membabitkan pelbagai aspek termasuk latihan dan kebajikan kakitangan, lesen senjata, had umur, jumlah pekerja asing dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: