
KUALA LUMPUR - Selaras dengan gagasan 1Malaysia, kerajaan akan menguatkuasakan skim kawalan harga barangan terkawal bersempena musim perayaan Krismas pada setiap tahun bermula tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memastikan harga barangan tidak melambung tinggi pada musim perayaan tersebut.
"Sebelum ini, skim kawalan harga cuma ditetapkan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Cina atau Deepavali.
"Bermula tahun ini, skim turut diperkenalkan semasa perayaan Krismas atas semangat 1Malaysia," katanya pada sidang akhbar sempena Pengumuman Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas (SKHMP KMS) 2009 di sini semalam.
Ismail Sabri berkata, sebanyak 13 jenis barangan terkawal diperkenalkan pada musim perayaan Krismas tahun ini termasuk dua barangan baru iaitu ayam belanda dan cili benggala hijau yang merupakan barangan keperluan perayaan Krismas.
Menurutnya, SKHMP KMS akan bermula pada 23 Disember hingga 27 Disember ini dan para peniaga barangan harga terkawal itu dikehendaki memiliki lesen khas yang boleh didapati secara percuma di semua pejabat KPDNKK.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: