Saturday, November 14, 2009

Ashraf gembar pakai kaca mata


Asraf Muslim

Gunakan InnerShine Pati Berry untuk sentiasa cergas dan sihat

KADANG kala kita melihat pelakon baru yang semakin terserlah sinar bintangnya, Ashraf Muslim tidak mengenakan kaca mata ketika berlakon dan kadang-kadang dia menggayakannya dengan selesa mengikut watak dan karakter bersesuaian.

Sebenarnya tanpa diketahui, Ashraf lebih gemar menggunakan kaca mata memandangkan dia sebenarnya menghadapi masalah rabun jauh.


“Sebenarnya saya mengalami masalah rabun jauh ini sudah lama dan lebih selesa menggunakan kaca mata ketika berada di luar. Ketika berlakon pun saya sebenarnya lebih suka menggunakan kaca mata kerana itu lebih selesa berbanding memakai kanta pelengkap.

“Namun saya terpaksa akur sekiranya pengarah mahukan karakter saya tidak perlu memakai kaca mata dan kanta pelengkap adalah jalan penyelesaiannya,” katanya yang menghadapi masalah itu sejak kecil.

Setiap masalah sebenarnya boleh diatasi sekiranya kita tahu bagaimana untuk menyelesaikannya, begitu juga dengan Ashraf yang mengamalkan rutin hariannya dengan senaman ringan.

“Setiap hari saya hanya mengamalkan senaman ringan dan dengan senaman ini pengaliran darah kita akan lebih lancar termasuk pengaliran darah ke mata. Selain itu juga saya jarang meninggalkan kaca mata kerana dengan cara itu tahap rabun saya dapat dikurangkan.

“Kini selepas saya menemui produk InnerShine Pati Berry yang diminum setiap hari, keberkesanan itu semakin terserlah dan sedikit demi sedikit perubahan dapat dirasai,” katanya yang baru mengamalkan produk itu beberapa bulan yang lalu.

Pelakon tinggi lampai itu yang kini boleh dilihat menerusi drama pendek berjudul Dari Mata Ke Hati yang disiarkan di TV3 setiap Sabtu jam 4.45 petang begitu terserlah kejernihan matanya selepas mengamalkan produk itu.

“Biasanya sebelum menjalani penggambaran, saya akan meminum produk ini untuk kesihatan mata dan ia sebenarnya mampu untuk menyegarkan tubuh badan saya hingga lewat malam.

“Dalam drama ini saya memegang watak sebagai John iaitu pegawai akaun di dalam syarikat penerbitan drama. Watak saya sangat berlainan dengan watak Farid yang memegang watak utama.

“Keseluruhan drama ini cukup berlainan dari jalan ceritanya dan cara persembahannya ke kaca televisyen. Saya berharap suatu hari nanti drama pendek ini akan dapat disambung untuk menjadikan sebuah drama yang lebih panjang,” katanya.

Bagi merancakkan lagi drama ini, InnerShine sekali lagi menganjurkan Pencarian Inner-Shine Berry Beautiful Eyes 2009 yang menawarkan kepada pengguna peluang untuk memenangi set barangan kemas berlian yang bergermerlapan tajaan Diamond & Platinum selain berpeluang berlakon dengan Shahz Jaszle dalam Dari Mata Ke Hati.

Kalau anda ingin menyertai pencarian yang berlangsung sehingga Disember ini hanya perlu menghantar dua keping gambar penuh sambil memegang botol InnerShine Pati Beri. Anda juga perlu menyertakan borang penyertaan yang sudah lengkap dan lampirkan bersama panel kod bar InnerShine di belakang pek rangkaian produk InnerShine.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: