Friday, July 24, 2009

Suami tuntut RM35 juta


BEKAS suami Amy, Blake enggan melepaskannya dengan begitu sahaja.


BEKAS suami Amy Winehouse dilaporkan telah menuntut dibayar sebanyak 6 juta pound sterling (RM35 juta) daripada penyanyi bermasalah itu.

Blake Fielder-Civil mendakwa dia menjadi inspirasi kepada album hit Amy pada 2006, Back to Black.

Amy yang mengahwini Blake pada Mei, 2007 berpisah dengan Blake selepas mendapati lelaki itu curang dengan wanita lain.

Satu sumber berkata: "Amy menghasilkan album Back to Black menggunakan kreativitinya sebaik mereka berpisah, tetapi kenapa pula Blake mahu menagih haknya dari album tersebut?"

Amy, 25, dikatakan naik marah dengan tuntutan Blake itu. Tambah sumber kepada News of the World: "Amy berasa tertekan kerana dia tahu Blake tidak akan melepaskannya dengan mudah. Keluarga Blake tidak mahu dia menuntut wang daripada Amy, tetapi dia tetap berdegil."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: