Friday, July 24, 2009

Durian runtuh di Suria FM


TUAH (kiri), Zizi (lima dari kanan), dan Kak V (dua dari kanan) mempromosikan Lagu Berduit kepada pendengar.


SIAPA Kak V? Itu persoalan orang ramai selepas penyampai jemputan misteri di stesen radio Suria FM menjadi semakin popular gara-gara rancangan Breakfast@Suria yang bermula pada tahun 2008.

Ikon bernama Kak V ini muncul dalam slot Breakfast@Suria setiap Jumaat di stesen itu dan baru-baru ini Kak V telah turun padang bagi mempromosi kempen Lagu Berduit Suria F yang turut dimeriahkan oleh produk wangian terunggul, One Drop Perfumes sebagai penaja utama.

Antara lokasinya adalah di sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur termasuk di dalam bas Rapid Kl yang turut menyiarkan promosi Lagu Berduit Suria FM di skrin TV untuk penumpang.

Memasuki hari kelima, kempen itu yang menawarkan wang tunai sehingga bernilai RM75,000 telah memberi banyak kenangan manis kepada sebahagian pendengar stesen radio yang semakin popular itu.

Sehingga hari ini, 12 pendengar setia Suria FM telah berjaya memenangi wang tunai bernilai RM500 setiap seorang. Bagi merancakkan lagi kempen ini, Kak V kembali bersama krew Breakfast@Suria, Tuah & Zizi pada setiap Jumaat, pukul 7.30 pagi - 9 pagi di Suria FM.

Bagi mereka yang turut ingin memenangi wang tunai seperti pendengar lain, anda hanya perlu mendengar Suria FM setiap hari. Sebuah lagu akan dipilih sebagai lagu berduit setiap hari.

Sebaik sahaja lagu itu diputarkan, pendengar perlu menghantar SMS dengan menaip Suria LB dan hantar ke 33080.

Talian SMS akan dibuka selama 20 minit sebaik sahaja lagu berduit ke udara. Selepas talian SMS ditutup, penyampai Suria FM akan menghubungi salah seorang pengirim SMS dan dia perlu menjawab panggilan dalam masa 5 saat sebelum memberikan judul lagu berduit.

Jadi jangan lepaskan peluang dengan mendengar Breakfast@Suria bersama Tuah & Zizi untuk mengetahui apakah lagu berduit yang telah dipilih untuk hari itu. Bagi mendapatkan keterangan lanjut, sila layari laman web, www.suriafm.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: