
JESSICA kini sudah berpisah dengan Tony.
JESSICA SIMPSON dilaporkan telah ditinggalkan kekasihnya, Tony Romo disebabkan SMS yang dihantar oleh bekas kekasih Simpson iaitu John Mayer.
Romo dikatakan berasa cuak selepas mendapati Mayer menghantar SMS kepada Simpson sedangkan hubungan cinta mereka sudah lama putus, sebelum Mayer kemudian menjalinkan hubungan dengan aktres Jennifer Aniston.
Namun, selepas Mayer dan Aniston putus cinta, Romo mendapati SMS yang dihantar Mayer kepada Simpson merupakan suatu ancaman terhadap hubungannya dengan Simpson.
Dalam pada itu, Romo juga dikatakan sudah tidak tahan dengan sikap Simpson yang mendesak supaya segera bertunang.
Menurut sumber yang memberitahu majalah, Star: "Tony belum bersedia untuk bertunang mahupun berkahwin dengan Jessica, tetapi apabila Jessica asyik mendesak, dia lalu mengambil keputusan untuk berpisah.
"Jessica menyangka dia akan dilamar menjelang Krismas lepas, kemudian pada sambutan tahun baru. Dan apabila menjelang Hari Kekasih tahun ini, Tony belum juga melamarnya, hubungan mereka mulai goyah."
"Sejak putus cinta, Romo dikesan berparti dengan rakan-rakannya di kelab-kelab malam di Los Angeles yang termasuklah Myhouse dan Key Club."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: