![]() |
| FAIZAL TAHIR |
SEDANG Marilyn sibuk menaip cerita-cerita hangat artis, kawan sepejabat Marilyn datang dengan perasaan marah. Ejaan nama kawan Marilyn itu ala-ala Marilyn jugalah, tapi Marilyn panggil dia Marlyna Karalina ajelah. Terkejut juga Marilyn dibuatnya. Ingatkan Marilyn buat salah dengan Marlyna yang berdarah kacukan Jepun itu.
Tapi rupa-rupanya, Marlyna yang cantik itu ingin meluahkan perasaan marah. Katanya, minggu lalu dia ditugaskan untuk 'menyiasat' tentang Faizal Tahir yang tidak dapat berlepas ke Jakarta untuk majlis anugerah APM 2009 sebab tidak melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Siap 'berkhemah' satu pagi di pejabat PTPTN, Marlyna akhirnya diberitahu wakil Faizal telah hadir untuk menguruskan pinjaman Faizal.
Tapi tanya punya tanya, wakil itu tidak mahu mengaku dirinya ada kaitan dengan Faizal. "Saya pasti itu wakil Faizal selepas diberitahu oleh PR PTPTN. Tapi lelaki itu tidak mengaku. Dia cakap dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Faizal.
"Tapi selepas diasak dengan pelbagai soalan, dia akhirnya mengaku. Namun, dia tidak mahu menjawab sebarang soalan yang berkaitan dengan Faizal," ujar Marlyna dalam nada marah.
Tapi lama kelamaan mungkin bosan dengan asakan Marlyna tu, lelaki itu boleh pula beri kad namanya yang mengesahkan identitinya itu sebagai PR Faizal. Tapi selepas Marlyna menelefon lelaki itu untuk mendapatkan pengesahan tentang kes Faizal itu, dia terus menjawab, "Apa yang berlaku kat Faizal Tahir? Saya tidak tahu apa-apa mengenainya." Boleh?
Marlyna lalu terus naik hantu dan cakap, "Tadi kan kita sudah berjumpa. Kenapa awak nak bohong lagi?" Apa lagi, PR Faizal terus letak telefonlah jawabnya. Terkedu sudahnya Marlyna.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: