Thursday, July 23, 2009

Guna khidmat ibu tumpang?




KELLY CHEN



FOTO menunjukkan Kelly yang mendakwa ketika itu hamil dengan usia kandungan mencecah tiga bulan.


Kelly Chen yang dilaporkan telah melahirkan anak sulungnya pada 15 Julai lalu kini menimbulkan persoalan. Ini kerana ketika keluar dari hospital di Hong Kong, lima hari selepas dia dikatakan melahirkan anak sulungnya secara pembedahan, bintang terkenal Hong Kong itu kelihatan bukan seperti seorang wanita yang baru melahirkan anak.

Di sebalik berita yang melaporkan dia melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat seberat tiga kilogram, yang diberi nama Chace Lau semua terkejut apabila melihat Kelly ketika dia keluar dari hospital dengan wajah yang segar dan cantik, tubuh yang langsing dan memakai kasut tumit tinggi.

"Biasanya wanita lepas bersalin, mukanya agak pucat dan berat badannya akan naik, biarpun sedikit, tetapi dalam kes Kelly ini lain macam pula. Dia kelihatan bukan seperti wanita yang baru bersalin," ujar sumber.

Tambah sumber: "Spekulasi segera tersebar yang mendakwa Kelly sebenarnya berpura-pura mengandung, sedangkan dia menggunakan khidmat ibu tumpang bagi melahirkan anaknya itu."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: