Thursday, July 23, 2009

Buat klip video di Jakarta


HUJAN


ADUH! Sepanjang minggu ini, telinga Marilyn penuh dengan khabar berita mengenai Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 09) yang berlangsung Sabtu lalu di Jakarta.

Penat juga nak mendengar sebab kebanyakan cerita yang Marilyn terima semuanya tentang keluhan teman-teman yang bertugas di sana.

Ditambah pula dengan ketakutan mereka untuk bertugas di sana memandangkan dua buah hotel yang dibom berdekatan dengan hotel mereka. Seriau Marilyn dibuatnya.

Apa yang Marilyn nak ceritakan di sini, bukan mengenai APM 09 ataupun tentang pengeboman di Jakarta.

Cuma Marilyn mendapat info yang kumpulan popular tempatan, Hujan rupa-rupanya sudah berada di Jakarta seminggu sebelum APM 09 lagi.

Bukan sebab bercuti-cuti atau mahu membeli-belah tau. Tetapi mereka dikatakan menghasilkan beberapa klip video di sana. Wah! Sambil menyelam minum air gitu!

Baguslah, sekurang-kurangnya, tak adalah nak bazirkan duit penerbangan. Tapi, kenapa buat klip video sampai ke negara seberang?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: