![]() WANA (kanan) dan Wan Nashrin (naib juara My Starz LG 2) berduet membuat persembahan pada sesi sidang media My Starz LG musim baru. |
Sesi uji bakat program terbitan TV3 diadakan awal bulan depan
FEBRUARI lalu, baru saja berakhir pertandingan akhir My Starz LG musim kedua yang menobatkan peserta bernama Noriezuana Syed Shafudin atau Wana. Belum pun sampai setahun program itu bersiaran, pertandingan realiti nyanyian yang disiarkan di TV3 itu kini sudah mula rancak melakukan hebahan awal mengenai sesi uji bakat yang bakal bermula awal bulan depan.
Juara musim ketiga yang dijangka disiarkan selepas musim Aidilfitri nanti, masih ditawarkan habuan wang tunai RM 00,000 dan kontrak rakaman bersama label Warner Music seperti mana yang dikecapi Wana. Tak dinafikan ganjaran yang diumpan ini mampu menarik minat golongan remaja di antara skala umur 18 hingga 25 tahun untuk mencuba nasib.
Namun kalau mahu disingkap sisi kewujudan program yang ditaja jenama produk LG Electronic Malaysia ini, masih belum ada impak yang boleh dibanggakan lagi. Bukan mahu menghentam, ironinya, ingatan kita terhadap program ini bagaikan masih kabur dan sesekali terus luput tanpa disedari.
Lihat saja juara musim pertama, Tashya Basir, hilang begitu saja tanpa sebarang perkembangan yang boleh dibanggakan. Hip difahamkan si genit itu pernah menghasilkan single bagaimanapun ia lenyap tanpa publisiti. Penilaian terhadap Wana juga masih terlalu awal untuk diperkatakan biarpun kini tanggungjawab memastikan hayatnya terus ada di bawah Warner Music.
Menurut Ketua Artis dan Reportaire Warner Music, Mokhtaza Ahmad, pihaknya akan terus berusaha untuk memastikan kesinambungan kejayaan juara My Starz LG yang menaungi syarikat terbabit. Mandat itu akan dipastikan untuk musim ketiga ini.
![]() |
| PENGURUS Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Mohd Azri Abdul dan Pengarah Urusan LG Malaysia, TY Ko (kanan) melancarkan My Starz LG musim ketiga. |
“Wana sendiri akan tampil dengan album sulungnya pada Ogos ini. Kami akan sedaya upaya mengekalkan impak kerjasama bersama pertandingan ini bukan hanya untuk tempoh seketika. Sebagai syarikat rakaman sudah menjadi tugas kami mempromosikan artis naungan,” katanya ringkas sewaktu sidang media My Starz LG musim ketiga minggu lalu yang di adakan di foyer Sri Pentas, TV3.
Sementara itu, menurut Nurhul Huda Khalid yang dipertanggungjawab menerbitkan pertandingan ini, program terbabit mempunyai cara tersendiri dalam mencungkil bakat baru dalam dunia seni dan kreatif. Berbanding musim pertama dan kedua, musim terbaru lebih bersifat menyeluruh mencari pakej sebenar insan yang mempunyai bakat versatile.
Pendekatan musim ini dilihat merangkumi pelbagai program realiti yang ada di Malaysia tidak kira yang berpaksikan nyanyian, tarian, lakonan mahupun pengacaraan.
Kata Nurhul lagi, pihak LG juga masih berpuas hati dengan kerjasama yang dijalinkan bersama TV3 selama ini, lalu ia bukan alasan untuk terus menamatkan hayat program terbabit. Apa terjadi pun, tiada sesiapa yang dapat menghalang pertandingan ini daripada terus menerjah musim ketiga tidak lama lagi. Berdasarkan sambutan musim kedua, konsert mingguan saja ditonton lebih 1.6 juta penonton. Bahkan, pertandingan akhir turut meraih 3 juta penonton.
“Jika musim pertama lebih mencari penyanyi, manakala musim kedua pula mencari penyanyi yang mempunyai pakej termasuk dalam aspek wajah, musim terbaru lebih meluas skop pencarian bakatnya. Untuk musim ini, kita mencari mereka yang boleh mengacara, menari, berlakon dan sebagainya.
“Nyanyian masih menjadi perkara pokok, bagaimanapun kelebihan bakat lain yang ada dianggap bonus. Proses uji bakat kali ini juga akan diadakan di pusat membeli belah terkemuka di beberapa negeri yang sering menjadi tumpuan golongan remaja. Harapnya sambutan kali ini akan terus meriah dengan pemilihan lokasi uji bakat yang strategik,” kata Nurhul.
Info menarik uji bakat My Starz LG


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: