Friday, July 24, 2009

Personaliti feminin


JENAMA jam yang dipercayai oleh wanita yang menggemari sukan polo.


BAGI sesetengah individu, jam tangan mungkin sekadar alat untuk mengetahui waktu, namun bagi segelintir yang lain pemakaiannya memberi makna lebih daripada itu.

Kepuasan dan kelihatan elegan merupakan jawapan yang sering diberikan oleh peminat jam tangan. Memilih barangan berjenama membuatkan seseorang itu lebih berkeyakinan apabila berhadapan masyarakat.

Antara jam tangan yang digemari oleh kebanyakan peminat polo wanita adalah jenama Jeager-LeCoultre's.

Koleksi khas jenama itu iaitu Reverso Squadra Lady direka untuk wanita yang mementingkan personaliti feminin.

Didatangkan dengan muka jam yang dikelilingi butiran permata berkilauan, ia menjadikan harga seutas jam Reverso Squadra Lady mampu mencecah ribuan ringgit.

Kini, jenama jam tangan terkenal itu menemui penggemarnya di Malaysia dengan koleksi terbaru yang lebih mewah dan sofistikated.

Berharga RM15,000, Reverso Squadra Lady kini boleh didapati di Starhill, Bukit Bintang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: