Friday, July 3, 2009

Nyaris dijerat broker jual tanah palsu


ANGGOTA polis membawa empat lelaki sindiket broker tanah tipu
ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam semalam untuk direman.


BUKIT MERTAJAM - Seorang peniaga nyaris masuk perangkap sindiket broker tanah yang menawarkan dua bidang tanah untuk dijual bernilai RM8 juta di Mukim 14, Seberang Perai Selatan dekat sini baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Roslee Cheek berkata, mangsa berusia 47 tahun dari Bukit Tambun, Nibong Tebal mulanya telah dihampiri seorang lelaki yang mendakwa bergelar Datuk di bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri di Bandar Perda dekat sini pada 12 Jun.

"Sebaik menghampiri mangsa, Datuk tersebut telah menawarkan dua bidang tanah di Mukim 14, Seberang Perai Selatan dengan nilai RM8 juta kononnya mahu dijual oleh rakan Datuk itu.

"Datuk tersebut berjanji akan menyerahkan dokumen berkaitan urusan jual beli berkenaan kepada mangsa yang dilihat teruja dengan tawaran itu," katanya di sini semalam.

Bagaimanapun, menurut beliau, mangsa yang mencurigai tawaran itu kemudian menyelidik tanah tersebut dengan berjumpa dengan pemiliknya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: