Friday, July 3, 2009

'Saya sudah buat yang terbaik' - Angin kencang halang Zahra renangi Selat Inggeris


ZAHRA bergelut dengan angin kencang dan arus kuat di Selat Inggeris sebelum menamatkan
cubaannya lebih awal semalam.


DOVER (Britain) - Semangat sahaja tidak cukup untuk menjadi perenang wanita Malaysia pertama yang menyeberangi Selat Inggeris.

Itulah pengajaran yang dialami oleh Zahra Masoumah Abdul Halim, 17, selepas gagal mencapai misi menjadi wanita pertama Malaysia berenang merentasi selat itu setelah 12 jam melakukan renangan dalam keadaan arus kuat dan angin kencang semalam.

"Saya sudah melakukan yang terbaik,'' katanya yang tetap mahu memahatkan namanya sebagai wanita Malaysia pertama merentasi Selat Inggeris.

Perenang muda negara itu terpaksa menghentikan renangannya pada pukul 6.20 petang (1.20 pagi semalam waktu Malaysia) selepas 12 jam berenang tanpa henti.

"Dia terpaksa mengharungi arus yang kuat dan ombak yang tinggi," kata Pengerusi Kelab Explorasi 7 Benua (KE7B), Muqharabbin Mokhtarudin yang turut berada dalam bot yang mengiringi Zahra sepanjang ekspedisi tersebut.

Muqharabbin turut memberi kata-kata semangat dan nasihat ketika memberikan Zahra minuman untuk memulihkan staminanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: