Friday, July 3, 2009

Kekal dijel kerana aksi 'Superman'


INILAH aksi ala 'Superman' yang dilakukan oleh Mohd. Zaidi yang dikekalkan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak rayuan seorang pelesit rempit terhadap hukuman penjara enam bulan dan denda RM7,000 kerana kesalahan menunggang motosikal ala 'Superman' di sini hampir enam tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab. Aziz mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret pada 6 November 2008 yang mensabitkan Mohd. Zaidi Zainuddin, 24, atas kesalahan itu pada 15 November 2003.

Tertuduh juga dikenakan penjara empat bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

Dalam penghakiman, Zainal Azman berkata, majistret telah meneliti keseluruhan fakta kes dan membuat keputusan yang betul ketika mensabit dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

"Setelah meneliti alasan majistret, mahkamah ini berpuas hati bahawa tiada kekhilafan telah dilakukan oleh majistret dan hukuman yang dijatuhkan adalah tidak keterlaluan," katanya.

Pada 6 November 2008, Mohd. Zaidi didapati bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadap tuduhan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dan didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: