Wednesday, July 15, 2009

Nor Radhiah rai kejayaan tanpa Aziz M. Osman




KUALA TERENGGANU - Duka Nor Radhiah Ramli, 23, bekas isteri pengarah dan pelakon, Aziz M. Osman selepas perceraiannya sedikit terubat apabila penantiannya selama dua tahun untuk menggenggam sekeping diploma, akhirnya tercapai semalam.

Dia berjaya mendapat Diploma Pengajian Islam dengan Teknologi Maklumat pada majlis Konvokesyen Pertama Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), di sini selepas menamatkan pengajiannya pada 2007.

Biarpun hasrat Nor Radhiah ingin meraikan hari bersejarah dengan bekas suaminya itu tidak tercapai, dia tetap gembira kerana hari yang ditunggu-tunggu selama ini sudah menjelma.

"Seolah-olah macam mimpi dan saya rasa sangat teruja datang ke majlis ini tapi agak sedih juga sebab ramai kawan-kawan lain tak dapat datang. Masa dengan Abang Aziz dulu kami ada berbincang untuk hadir bersama-sama ke konvokesyen tetapi nampaknya niat tu tidak kesampaian," katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: