Wednesday, July 15, 2009

'Patung' curi jam, duit pasar raya


Inilah pasar raya di Jalan Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu yang kerugian RM37,000 selepas duit dan jam dicuri 'patung misteri, Ahad lalu.



Pencuri pasar raya dipercayai menjadi 'patung' seperti gambar atas sebelum mencuri jam dan duit.


KUALA TERENGGANU - Seorang pencuri dipercayai sanggup menjadi patung tiga jam bagi mengelak dikesan oleh pengawal keselamatan sebuah pasar raya di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini.

Taktik tersebut berhasil apabila kehadirannya di bahagian pakaian lelaki di tingkat dua tidak disedari sehinggalah pasar raya itu ditutup pada pukul 11 malam Ahad lalu.

Suspek kemudian dikatakan 'bermaharajalela' dalam pasar raya itu sebelum mencuri wang dan jam tangan yang kesemua bernilai RM37,000 dari sebuah kedai di situ.

Pencuri itu dipercayai berada di dalam premis sepanjang malam dan hanya keluar dengan selamba apabila pintu pasar raya dibuka keesokan harinya.

Seorang pembantu jualan pasar raya yang mahu dikenali sebagai Aida, 25, berkata, dia menyedari ada satu 'patung' pelik yang kelihatan seperti manusia pada pukul 9.30 malam hari kejadian.

"Ketika itu saya dan seorang lagi pembantu jualan merasa was-was sama ada itu benar-benar patung atau manusia.

"Kami kemudian menghampiri dan memerhatikan patung yang bertubuh kurus itu beberapa minit tapi ia tak bergerak-gerak," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: