Monday, July 13, 2009

Miley impikan empat lelaki


MILEY CYRUS


HEBAT sungguh bintang muda Miley Cyrus yang mendambakan empat orang lelaki yang juga merupakan selebriti terkenal sebagai teman paling ideal untuk menjadi kekasihnya.

Lelaki-lelaki bertuah yang dimaksudkan remaja berusia 16 tahun itu ialah John Mayer, Elvis Presley, James Morrison and Rob Thomas. Paling penting, keempat-empatnya merupakan pencinta muzik dan sering muncul dengan karya berkualiti.

Penyanyi remaja yang membintangi filem Hannah Montana itu baru-baru ini memberitahu bahawa dia sudah kembali solo setelah berpisah dengan teman lelakinya yang merupakan seorang model seluar dalam, Justin Gaston.

Miley yang menulis tentang impiannya itu menerusi akaun Twitter miliknya memberitahu: "Tuhanku, saya mahukan John Mayer, James Morrison, Elvis Presley dan Rob Thomas.

"Kalau tidak dapat semua daripada mereka, saya mahukan kombinasi keempat-empat lelaki ini ada pada teman lelaki saya. Tuhanku, kamulah yang terbaik dan saya selalu mencintai-Mu. Terima kasih," antara ayat Miley yang dipetik daripada Internet itu.

Miley turut memberitahu perkara sebenar tentang hubungannya dengan Justin yang sudah terputus di pertengahan jalan.

"Saya lebih suka jadi solo tanpa perlu ada sebarang komitmen dengan mana-mana lelaki buat masa ini. Kehidupan saya sungguh bebas. Kini saya boleh berkawan dengan sesiapa saja yang disukai," tegas Miley.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: