

The Merchants of Bollywood (TMOF) sudah menjelajah beberapa negara. Sekarang pelakon dan tenaga produksi yang dibawa dari Mumbai itu sedang berada di Kuala Lumpur. Pementasan muzikal itu dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur sehingga 26 Julai ini.
Hebatkah pementasan itu sehingga banyak pihak sedia menerbangkan mereka? Saya sempat menonton pementasan tersebut pada hari kedua 15 Julai lalu.
Memanglah harapan diletakkan terlalu tinggi terhadap pementasan itu. Maklumlah apabila orang kita sendiri yang menjadi penerbit eksekutifnya, pastilah kita menganggapnya satu pementasan yang hebat.
Ya... pementasan itu sangat hebat kalau mahu dinilai koreografi tariannya kerana di situlah kelebihan dan kepakaran yang ada di dalam produksi ini.
Mereka yang di sebalik tabir ialah koreografer tarian kebanyakan filem besar di Bollywood. Vaibhavi Merchants yang juga koreografer pentasan ini memang memiliki skil yang hebat.
Cukupkah hanya sekagar tampilkan koreografer hebat untuk mencerminkan sebuah persembahan sensasi?
Pentas statik menyuramkan
Bagi yang pernah masuk ke Istana Budaya menyakskan pementasan hebat lain, pasti mengharapkan keupayaan pentas bertaraf dunia itu digunakan sebaiknya.
Namun aspek itu tidak diperlukan dalam pementasan TMOB. Hanya set pentas statik digunakan untuk menggambarkan semua latar masa.
Itulah set untuk era lampau, era terkini, kuil, set penggambaran dan sebagainya. Pengcahayaan juga tidak dibezakan pada latar yang berbeza.
Rasa bosan memang hadir apabila melihat set pentas yang tidak berubah daripada awal sehingga ke penghujung.
Drama yang cuba ditonjolkan juga tidak begitu menusuk jiwa kerana aspek lakonan kelihatan tidak ditekankan.
Lagu tak popular
Lagu-lagu yang dipilih juga bukanlah himpunan lagu yang rapat dengan masyarakat Malaysia. Banyak lagu yang tidak popular di sini yang menjadi pilihan tenaga produksi.
Hanya beberapa buah lagu sahaja yang terasa macam biasa didengar. Antaranya lagu Shava Shava.
Mungkin penonton berbangsa India akan lebih dekat dengan lagu-lagu yang dipilih, apatah lagi sekarang ini sambutan terhadap filem-filem Bollywood juga tidak serancak dulu.
Pementasan itu mengisahkan pertembungan dua generasi. Si datuk, seorang bekas koreografer filem Bollywood lama yang kini menghabiskan masa dengan mengajar tarian ke arah keagamaan. Dia keluar daripada glamor Bollywood kerana jiwanya tidak menerima konsep menampilkan tarikan seks dalam filem.
Si cucu daripada generasi baru mahu ke Bollywood dan mahu mengejar cita-cita menjadi koreografer yang terkenal. Hasratnya ditentang, tapi si cucu tetap berkeras kerana mahu membuktikan keupayaan diri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: