Jaclyn Victor sememangnya nama yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan Malaysia. Vokal yang cukup mantap dan bertenaga menjadi keunikan dan kelebihan untuk
berdiri sama tinggi dengan artis tersohor tanah air.
Dianugerahkan Power Vocal Award dalam Shout! Award yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini membuktikan Jac mampu menandingi kehebatan vokal Dato’ Siti Nurhaliza.
Gaya Red Carpet yang ditonjolkan juga kelihatan amat berbeza daripada dirinya sebelum ini. Stail rambut pendek memberikan kesegaran terhadap penampilannya.
"Saya tak sangka menang ni kerana bersaing hebat dengan penyanyi lain seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Ayu yang mempunyai kekuatan vokal yang tersendiri," kata Jac.
Jac bagaimanapun amat berterima kasih kepada peminat yang mengundi dan sentiasa menyokong kariernya selama ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: