Tuesday, July 21, 2009

Menang beg tangan RM6,000


ZALMAN AEFENDY (dua dari kiri) bertanya sesuatu kepada sebahagian pemenang yang memenangi hadiah beg tangan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Yazre Mat Salim pernah berhasrat untuk menghadiahkan beg tangan berjenama kepada isterinya tetapi kekangan kewangan telah menyebabkan impian itu terpendam begitu sahaja.

Namun, semalam impiannya itu berjaya direalisasikan setelah muncul sebagai pemenang bertuah sempena kempen Celcom (M) Bhd., (Celcom), Celcom A Handbag A Day, Everyday dengan membawa pulang beg tangan berjenama Be&D bernilai RM6,000.

Menurut kakitangan swasta itu, dia tidak menyangka talian pasca bayar Celcom yang dilanggannya sejak tiga bulan lalu memberi tuah kepadanya untuk turut terpilih bersama 19 pelanggan bertuah lain memenangi hadiah menarik tersebut.

"Memang tidak terlintas dalam fikiran saya untuk memenangi hadiah tersebut, apatah lagi untuk menerima hadiah yang bernilai ribuan ringgit ini,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kempen Celcom di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: