Tuesday, July 21, 2009

Tiada lagi Kancil baru


SYED ABDULL HAFIZ (kiri) dan Osamu Oaki menunjukkan plat kereta Kancil yang terakhir dikeluarkan di Pusat Latihan Perodua di Rawang, Selangor semalam.


RAWANG - Selepas 15 tahun menjadi antara kereta popular di atas jalan raya di negara ini, model kereta Kancil kini telah dihentikan pengeluarannya berkuat kuasa semalam.

Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, pemberhentian pengeluaran itu bertujuan membolehkan syarikat memperkenalkan kenderaan baru dengan memiliki teknologi terkini dan nilai tambah kepada pelanggan di negara ini.

Katanya, sebagai pengganti model Kancil yang dilancarkan pada tahun 1994 itu, Perodua memperkenalkan model baru iaitu Perodua ViVa 660BX yang ditawarkan pada harga atas jalan RM25,300 setiap satu dan didatangkan dalam tiga warna, iaitu Ivory White, Ebony Black dan Glittering Silver.

"ViVa 660BX dilengkapi dengan enjin teknologi timing enjin berjujukan injap dinamik (DVVT) dan didatangkan dalam transmisi manual sahaja,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: