Sunday, May 10, 2009

Pelakon Dimensi Cinta tuntut bayaran

Filem Dimensi Cinta terbitan Harian Inovatif Sdn. Bhd. arahan Eddie Pak menjadi panas lagi. Sebelum ni berlaku kontroversi apabila pelakon Hairie Othman menghilangkan diri selepas dia ambil 10 peratus bayaran. Khabarnya sampai nak ada saman-menyaman.

Ingatkan habis di situ saja tapi rupa-rupanya ada kisah baru lain yang lebih hangat.

Beberapa pelakon yang mengadu kepada Niezam berkata, dia orang naik hantu sebab sampai sekarang satu sen pun bayaran tak dapat daripada syarikat penerbitan filem itu.

Beberapa pelakon hantar SMS kepada Niezam merayu supaya produser filem berkenaan dapat jelaskan bayaran dengan segera sebelum dia orang heret pula taukeh syarikat tu ke mahkamah.

Khabarnya yang ramai kena "kencing" ialah pelakon-pelakon tambahan yang hanya ada satu atau dua watak dalam filem itu.

Kata mereka walaupun bayaran untuk mereka itu tak banyak, tapi soal janji kenalah tepati. Janji nak bayar, kena bayarlah.

"Kita orang dah tak boleh nak sabar lagi ni. Dah lama dah kami tak dapat bayaran. Puas kami tuntut dari syarikat tu tapi hampeh," kata seorang pelakon yang tak mahu dikenali.

Kata pelakon itu lagi, dia orang dah beberapa kali berurusan dengan produksi berkenaan tapi sampai sekarang tak ada jawapan.

Huh! Soal duit ringgit jangan buat main. Orang sanggup bertumbuk sampai pecah kepala kalau tak bayar.

Filem Dimensi Cinta menelan belanja kira-kira RM1.8 juta melibatkan pelakon seperti Adam (AF2), Catriona Ross, Fahrin Ahmad, Awie, Eman Manan dan Scha. Dalam hal ni siapa nak jawab?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: