Thursday, May 7, 2009

Peguam mabuk mengaku salah


Su Chuan


KUALA LUMPUR – Majistret Mahkamah Trafik di sini terkejut apabila seorang tertuduh yang mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk awal pagi semalam merupakan seorang peguam.

Majistret Zura Syazween Hamizan turut menegur perlakuan Eugene Tan Su Chuan, 36, kerana tidak mematuhi undang-undang sedangkan mempunyai pengetahuan dalam bidang tersebut.

“Saya terperanjat apabila mengetahui pekerjaan kamu, dan amat terkilan kerana kamu adalah seorang yang berjawatan serta mempunyai pengetahuan tentang undang-undang.

“Kamu sepatutnya berasa malu dengan diri sendiri kerana kamu adalah orang yang paling bagus untuk dijadikan contoh masyarakat,” katanya sebelum menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara 10 hari terhadap tertuduh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: