ASSALAMUALAIKUM Syamsul.
1. Saya sudah menonton
filem terbaru Syamsul
iaitu Bohsia-Jangan Pilih
Jalan Hitam. Kenapa lebih banyak paparan terhadap remaja rempit sahaja berbanding dengan bohsia?
2. Khabar angin tentang hubungan terbaru Syamsul dengan Julia Ziegler pula. Adakah Syamsul sudah menemui cinta baru?
3. Watak bagaimana yang digemari oleh Syamsul? Watak baik atau antagonis?
n Halim, Kuala Terengganu.
SYAMSUL
1. Adegan dalam filem itu adalah seimbang antara bohsia dan mat rempit. 50-50. Bohsia adalah sebahagian daripada mat rempit, Jadi kena tunjuk dengan siapa bohsia itu bersama. Saya kurang setuju dengan perkara itu kerana saya adalah penulis skrip dan kena tonton filem itu betul-betul.
2. Saya masih baru mengenalinya. Kenal dah lama tapi baru sekarang mula rapat. Kalau nak kata Julia teman rapat, memang tidak tepat. Sekarang masih tiada siapa dalam hati saya. Kami masih kawan dan masih mengenali. Terus terang, saya tidak mencari cinta. Saya berkawan dengan semua orang.
3. Sebelum ini, dalam awal pembabitan saya lebih minat pengarahan berbanding lakonan. Selepas tiga filem, minat pengarahan dan lakonan. Saya banyak menonton filem dan cuba belajar berlakon. Saya melihat keseluruhan filem. Saya juga jenis suka mencuba watak baru dan watak idaman yang bermain dengan emosi. Tak kisah watak baik atau jahat.
Minat jadi pengarah
1. Apa motif utama saudara menceburi bidang seni hiburan dan glamor ini?
2. Apa perasaan saudara apabila hubungan cinta yang dibina bersama dengan Diana Danielle hancur begitu sahaja. Ada rasa terkilan tak?
n Syarifah Zulikha,
Gabungan Penulis Nasional.
SYAMSUL
1. Tujuan utama kerana minat yang mendalam dalam dunia pengarahan sejak kecil. Dibesarkan dalam suasana itu kerana sering mengikuti papa ke set penggambaran. Dari situ juga timbul minat untuk jadi pelakon, menulis skrip untuk filem dengan mementingkan pengajaran pada setiap karya.
2. Saya ingat apa yang berlaku ada hikmat kerana secara langsung mematangkan diri ini sebagai seorang lelaki. Lagipun, sudah berusia 25 tahun Saya boleh terima hakikat perpisahan dan sekarang tidak ada rasa terkilan lagi.
Pegang kamera umur 15 tahun
Salam,
1. Sejak usia berapa Syamsul sudah terlibat dalam dunia seni?
2. Apa yang sering Syamsul lakukan pada waktu lapang?
3. Macam mana nak menghubungi Syamsul. Boleh bagi e-mel tak?
4. Saya perhatikan Syamsul berminat dengan gadis kacukan sahaja. Tak kan dah tak berminat dengan orang Melayu kot?
n Harniza, Seremban, Negeri Sembilan.
SYAMSUL
1. secara tidak rasmi, saya mula pegang kamera sejak berusia 15 tahun dan secara tidak langsung mula menunjukkan minat. Saya minta ayah belikan kamera video kecil dan rakam gambar adik beradik. Usia 20 tahun adalah langkah pertama dengan mengarah drama Gerak Khas. Itu pun ramai yang beranggapan ayah yang beri peluang dan dia juga agak terkejut apabila saya tunjukkan kebolehan mengarah. Ketika berusia 23 tahun pula, saya diberi peluang untuk mengarah filem.
2. Saya suka karaoke dan tengok wayang. Dua perkara utama kadangkala membuatkan rakan-rakan merasa bosan juga. Tak lama lagi saya akan keluarkan single pertama berjudul Bidadari dengan menggunakan konsep R&B
3. E-mel saya adalah celix_soul@yahoo.com
4. Saya tidak memilih. Perkara itu mungkin kebetulan apabila gadis yang dikaitkan lebih kepada gadis kacukan. Sebenarnya saya tidak kisah, kacukan atau tidak.
Pernah kerja di pawagam
Semoga abang Syamsul sihat ceria selalu dan sudi menjawab beberapa soalan saya.
1. Apa yang abang lakukan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?
2. Apakah perancangan Abang Syamsul selepas filem Evolusi KL Drift 2 disiapkan?
4. Sebagai pengarah, berapa lamakah tempoh abang Syamsul membuat sesuatu filem?
Terima kasih.
n Shuk_Jefrri, Kluang, Johor.
SYAMSUL
1. Saya pernah bekerja selama tiga bulan di pawagam TGV KLCC. Macam-macam saya buat. Jadi penjual tiket, buat bertih jagung dan penjaga panggung. Papa yang suruh kerja. Sebab saya minat dan nak tahu seluruh proses dalam bidang perfileman, saya sanggup pasang poster dan pergi ke bilik tayangan untuk menambah ilmu.
2. Sebelum ini saya ada uar-uarkan kepada semua tentang filem aksi yang akan diterbitkan pada bulan Ogos nanti. Tetapi saya rasa nak mengarah filem seram dengan menampilkan cara tersendiri. Kali ini amat berbeza iaitu seram tegar dengan menampilkan unsur ilmu hitam, keislaman dan pengajaran.
3. Terpulang, tengok keadaan kerana berkaitan dengan idea. Kena tengok skrip dahulu dan sebenarnya ia tidak boleh ditentukan.
Suka yang pandai jaga hati
Assalamualaikum Syamsul,
Apa khabar? Tahniah kepada Syamsul kerana berjaya menghasilkan filem Bohsia yang menarik. Saya ada beberapa soalan dan sangat berharap agar anda dapat menjawabnya.
1. Syamsul berminat tak untuk buat rancangan seperti Program Pilih Kasih yang mencari bakat baru untuk berlakon di bawah arahan Syamsul sebab balik-balik pelakon yang sama saja kita lihat di TV.
2. Apakah ciri-ciri wanita idaman Syamsul?
3. Bagaimana untuk menghubungi Syamsul? Syamsul ada Facebook, Myspace atau Twitter tak?
Sekian, terima kasih.
n Munnalicious,Kelana Jaya.
SYAMSUL
1. Sebenarnya saya banyak benda yang saya hendak buat dalam satu masa yang perlu dirujuk kepada keluarga terlebih dahulu. Saya juga teringin nak jadi pengacara dan buat program sendiri. Memang idea banyak tapi kena tumpukan satu fokus sahaja.
2. Pilihan saya adalah yang pandai jaga hati, memahami saya dan keluarga. saya juga jenis boleh dibawa bincang. Selain itu, kejujuran dan keikhlasan dipentingkan tanpa mengira paras rupa. Saya percaya setiap wanita mempunyai kelebihan tersendiri.
3. Untuk facebook, taip e-mel Syamsul Yusof dan akan lihat gambar saya yang kecil itu.
Minat nombor 7
Assalamualaikum abang Syamsul.
Mula-mula sekali saya nak ucapkan tahniah atas kejayaan filem Bohsia-Jangan Pilih Jalan Hitam dan selamat menyambut hari lahir yang ke 25 pada 21 Mei ini. Di sini saya nak tanya beberapa soalan.
1. Sewaktu saya menonton drama bersiri popular Sembilu Kasih saya dapati semua nombor plat kereta semua pelakon bernombor 7000. Apakah maksud di sebalik nombor tersebut?
2. Siapakah idola abang Syamsul selain dari ayahanda tercinta?
n Ita, Kuala Terengganu, Terengganu.
SYAMSUL
1. Sebenarnya kebanyakan kereta di bawah Skop Production dimiliki oleh keluarga saya sendiri. Kebetulan kami berdua minat nombor 7 dan kereta kami berdua digunakan untuk filem itu. Tiada sebarang maksud lain.
2. Tan Sri P. Ramlee kerana dia sangat versatil dan boleh berlakon berbagai watak dan sangat berbakat. Bagi pengarah pula saya berminat dengan Michael Bay yang mengarahkan filem seperti Transformers dan Pearl Harbour.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: