![]() |
| BE Kind Rewind. |
SENARAI filem-filem baru yang disediakan untuk tayangan perdana di HBO (Astro saluran 411) pada bulan Mei ini adalah campuran filem komedi, romantik, aksi dan drama. Sudah pasti ada pilihan yang sesuai untuk setiap penonton mengikut cita rasa tersendiri.
Filem pertama Fool's Gold yang akan ke udara malam ini pukul 9 malam dan diulang pada Isnin 11 Mei, jam 1 tengah hari, Khamis 14 Mei 7 malam, Sabtu 16 Mei 11 pagi dan 11 malam dan Ahad 17 Mei pada pukul 3 petang.
Filem seterusnya Vantage Point memaparkan lapan sudut pandangan saksi yang cuba memahami tragedi di sebalik satu percubaan membunuh presiden Amerika Syarikat.
Thomas (Dennis Quaid) dan Kent (Matthew Fox) adalah dua ejen ditugaskan untuk melindungi Presiden Ashton pada satu majlis. Apabila presiden ditembak, keadaan menjadi huru-hara. Howard (Forest Whitaker), seorang pelancong telah merakamkan gambar penembak dengan perakam video.
Sambil semua watak-watak yang terbabit menghuraikan pandangan mereka, kebenaran insiden itu menjadi semakin jelas dan mendedahkan lot yang mengejutkan.
Vantage Point boleh disaksikan semula pada hari Isnin 18 Mei 1 tengah hari, Khamis 21 Mei 7 malam, Sabtu 23 Mei 11 pagi dan 11 malam dan Ahad 24 Mei pada pukul 3 petang.
In Real Life, dengan Steve Carell dan pemenang Anugerah Academy Juliette Binoche, adalah satu komedi menarik tentang seorang duda yang jatuh cinta dengan seorang wanita. Keadaan menjadi kelakar apabila dia menyedari bahawa wanita tersebut merupakan teman wanita adiknya.
Tayangan perdana filem ini adalah pada hari Ahad 24 Mei pukul 9 malam dan berulang pada Isnin 25 Mei 1 tengah hari, Khamis 28 Mei 7 malam, Sabtu 30 Mei 11 pagi dan 11 malam.
Natalie Portman dan Scarlett Johansson tampil sebagai dua pelakon wanita utama yang memberi penutup tirai dramatik untuk bulan Mei menerusi n The Other Boleyn Girl pada hari Ahad 31 Mei 9 malam.
Drama sejarah ini menumpu pada zaman Raja Henry VII (Eric Bana) dan memaparkan taktik licik Anne (Portman) merampas tempat kakaknya Mary (Johansson) sebagai kekasih Raja Henry seterusnya bercita-cita menjadi ratu.
Ia memaparkan cita-cita dan penipuan yang kompleks dan merupakan filem yang menambat perhatian serta dilakonkan dengan cemerlang, lebih-lebih lagi memandangkan dalam sejarah kebanyakan isteri Raja Henry telah menemui ajal yang kejam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: