
SHAH ALAM – Selepas lapan tahun bercinta, pelakon dan penyanyi Adiana Abdul Rafar atau Diana Rafar, 27, selamat diijabkabulkan dengan dramatis terkenal, Zamarulhisham Mohamed di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah masjid itu, Khairuddin Haiyon dengan disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak.
Diana menerima wang hantaran bernilai RM16,500 beserta mas kahwin RM165 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Ini merupakan pernikahan pertama Diana dan kedua buat Zamarulhisham, 38, yang telah memiliki dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
Zamarulhisham yang pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-18 berkata, perkahwinan mereka bukan halangan untuk isterinya itu terus aktif dalam bidang seni kerana bidang itu adalah periuk nasinya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: