Thursday, May 7, 2009

Bot nelayan Vietnam ditahan


SEBAHAGIAN daripada nelayan warga Vietnam yang ditahan oleh pihak Maritim Malaysia di perairan Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Dua buah bot nelayan pukat tunda dari Vietnam ditahan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) kerana menceroboh pada jarak 37 dan 53 Batu Nautika dari perairan Kuala Terengganu semalam.

Menurut Ketua Penguat Kuasa APMM Daerah Maritim Kuala Terengganu, Syd Mohd. Fuzi Syd Hasan, pencerobohan lebih ketara berlaku sejak April lalu dipercayai kerana musim sotong.

Jelasnya, tangkapan pertama dilakukan pada pukul 8.48 pagi berjaya menahan seorang tekong dan lapan awak-awak ketika rondaan berhampiran pelantar minyak RDP A.

“Selepas itu, anggota kita meneruskan rondaan dan berjaya menemui sebuah lagi bot asing tidak jauh dari pelantar minyak Dulang D kira-kira pukul 10.59 pagi bersama seorang tekong dan lapan awak-awak,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: