Sunday, May 10, 2009

Aril masuk semula AF7


ARIL menerima tahniah setelah diumumkan layak ke peringkat akhir AF7 di Kuala Lumpur malam tadi.


KUALA LUMPUR - Aril yang disingkirkan pada konsert minggu ketujuh Akademi Fantasia ke-7 (AF7) dipilih semula menjadi peserta kelima untuk berentap pada peringkat akhir AF di Stadium Putra, Bukit Jalil, 16 Mei ini.

Semalam Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 24, mendapat undian paling banyak melalui khidmat AF Masuk mengalahkan pelajar-pelajar AF7 lain yang tersingkir.

Dengan keputusan itu, Aril mengetepikan peluang Adila, Obri, Sidi, Rini, Rubisa, Zizi, Qhaud, Aishah dan Claudia untuk bertanding pada peringkat akhir.

Undian untuk memilih peserta kelima daripada kalangan mereka yang tersingkir itu bermula pada Isnin lalu dan ditutup pada pukul 9 malam semalam sewaktu konsert berlangsung.

Konsert AF7 bermula pada 14 Mac lalu dan Adila merupakan pelajar pertama tersingkir. Empat pelajar yang sudah layak ke peringkat akhir ialah Hafiz, Isma, Akim dan Yazid.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: