Sunday, December 6, 2009

Will Smith pilih keluarga


KELUARGA merupakan perkara paling penting dalam hidup Will Smith.


APABILA diberi pilihan antara kerja dan keluarga, pelakon jutawan Hollywood tersohor, Will Smith memilih keluarga.

Disebabkan perkara tersebut, perancangan bagi menerbitkan sekuel filem superhero komedi Hancock yang menampilkan Will sebagai pelakon watak hero dalam tempoh terdekat ini terpaksa ditangguhkan.

Pengarah filem sekuel tersebut, Peter Berg yang sebelum ini mengesahkan Will dan heroin filem Hancock, Charlize Theron akan kembali melakonkan watak masing-masing menerusi sekuelnya itu yang berjudul, Hancock 2 memberitahu Contactmusic, Will mahu menghabiskan masa bersama keluarganya terlebih dahulu sebelum ke set penggambaran filem tersebut.

Will juga dikatakan mahu meluangkan masa bagi membantu anak lelakinya, Jayden yang bakal berlakon filem versi terbaru Karate Kid.

Tambah Peter, Hancock 2 tetap akan diterbitkan tetapi tarikh penggambarannya akan ditunda.

"Skrip dan lakon layar Hancock 2 sedang memasuki fasa terakhir dan Will pula bercadang untuk meluangkan masa dengan keluarganya terutama dengan Jayden yang bakal menjalani penggambaran filem Karate Kid," ujar Peter.

Will yang dibayar sebanyak AS$20 juta (RM70 juta) untuk khidmat lakonannya menerusi Hancock yang ditayangkan pada 2008 itu tidak muncul menerusi filem baru sepanjang tahun ini.

Namun menurut Internet Movie Database (IMDB), aktor berusia 41 tahun ini sudah dikaitkan dengan 25 projek filem baru termasuk Hancock 2.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: