![]() |
| TAMARA BLESZYNSKI dan MIKE LEWIS |
SELEPAS sekian lama cuba mengelak daripada media, Tamara Bleszynski akhirnya tertangkap sedang berpegang tangan dengan aktor, Mike Lewis.
Pasangan tersebut yang hadir pada malam gala Air Terjun Pengantin, filem terbaru lakonan Tamara bagaimanapun cuba mengelak daripada ditemu bual media pada mulanya tetapi kemudian akur. Mike tanpa berselindung bercakap tentang janda anak satu itu.
Sambil mengakui datang menemani Tamara ke majlis tersebut, Mike menegaskan dia sudah lama berkenalan dengan Tamara sebagai kawan biasa sebelum hubungan itu menjadi serius.
"Saya senang berkawan dengan dia kerana orangnya cantik, baik hati dan luar biasa. Tamara wanita hebat!" ujar Mike.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: