Friday, December 11, 2009

Wanita simpanan Woods minta maaf


GAMBAR fail menunjukkan Woods bersama isterinya, Elin di New York pada 10 Mac tahun lalu.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Isteri bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods, Elin Nordegren menerima permohonan maaf daripada salah seorang wanita yang menjalin hubungan seks dengan suaminya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu, Jaimee Grubbs yang didakwa wanita simpanan ketiga Woods memohon maaf kerana menyebabkan hati Nordegren dan keluarganya terluka akibat perbuatannya itu.

Bagaimanapun, permohonan maaf secara terbuka itu dibuat selepas pendedahan pada Selasa lepas mengenai beberapa mesej lucah yang dihantar oleh Woods, 33 kepada Grubbs yang bekerja sebagai seorang pelayan bar.

Grubbs, 24, bukan satu-satunya wanita yang membuat pendedahan berhubung skandal seks mereka dengan pemain golf itu.

Seorang lagi wanita, Rachel Uchitel menyatakan, dia 'diburukkan' oleh media manakala Jamie Jungers pula memberitahu dia sakit hati melihat gambar Woods bersama Nordegren apabila berkunjung ke rumahnya.

Pengakuan mereka disiarkan ketika Nordegren, 29, memutuskan untuk kekal bersama suaminya di sebalik kecurangan lelaki itu demi masa depan dua anak mereka.

Beberapa rakan Nordegren memberitahu bahawa dia mahu mengekalkan rumah tangga mereka.

Woods yang berkahwin dengan bekas model itu pada 2004 dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Sam yang berumur dua tahun dan anak lelaki berumur 10 bulan, Charlie.

"Nordegren pernah melalui keperitan akibat perceraian dan tidak mahu penderitaan serupa dialami kedua-dua anak mereka," kata seorang rakannya kepada majalah AS, People.

Ibu Nordegren, Barbro Holmberg iaitu seorang ahli politik Sweden bercerai dengan bapanya yang bekerja sebagai wartawan radio, Thomas.

Keputusan isteri Woods itu disiarkan ketika tiga wanita yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan suaminya, termasuk Grubbs menceritakan kepada media mengenai skandal mereka.

"Saya tidak dapat menceritakan betapa kesalnya saya kerana menyakitkan keluarga wanita itu (Nordegren)," katanya dalam satu wawancara dengan program berita kelmarin.


GRUBBS


Sebelum ini, dia mendedahkan kepada majalah Us Weekly bahawa Woods tidak pernah menggunakan perlindungan ketika melakukan hubungan seks.

"Woods tidak memakai kondom," kata Grubbs

Menurutnya, lelaki itu juga tidak bertanya sama ada dia menggambil ubat perancang kehamilan.

"Perkara itu tidak pernah dibincangkan. Dia tidak pernah memakai kondom," tambahnya.

Pemain golf kaya raya itu juga tidak menggunakan kondom ketika menjalin hubungan dengan pengurus restoran berusia 33 tahun, Mindy Lawton menurut saudara perempuan Lawton, Lynn.

"Mindy menyatakan Woods tidak pernah memakai kondom. Saya khuatir dia mungkin mendapat penyakit jangkitan seks (STD)," katanya.

Setakat ini, sebanyak 11 wanita termasuk dua pelakon lucah iaitu Veronica Siwik-Daniels dan Holly Sampson, telah dikaitkan dengan bintang golf itu.

Sementara itu, sebatang gigi Woods patah apabila isterinya membalingkan sebuah telefon bimbit ke arahnya.

Kejadian itu berlaku semasa Elin berang dalam perbalahan dengannya berhubung skandal seks Woods pada malam bintang golf tersebut terlibat dalam kemalangan jalan raya dua minggu lepas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: