
OSLO - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama semalam memuji para penunjuk perasaan antikerajaan Iran dalam ucapan penerimaan Hadiah Keamanan Novel semalam.
Iran sejak kebelakangan ini menghadapi penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Iran sehingga ada yang bertempur dengan pasukan keselamatan di Teheran.
Menurut Obama, AS akan berada di belakang mereka yang berjuang untuk kebebasan termasuk di Iran, Myanmar dan Zimbabwe.
"Kami akan menyokong tokoh seperti Aung San Suu Kyi yang berjuang secara diam-diam, rakyat Zimbabwe yang sanggup keluar mengundi walaupun dipukul dan ratusan ribu orang yang berarak di jalan-jalan raya di Iran," kata Obama.
"Ia menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin negara itu lebih takut aspirasi rakyat mereka sendiri berbanding negara-negara lain," tambahnya.
Sementara itu, ramai penduduk di Pakistan tidak bersetuju Obama menerima anugerah keamanan berprestij itu.
"Hadiah Nobel untuk mereka yang mencapai kecemerlangan tetapi Obama cuma seorang pembunuh," kata seorang jurutera di Peshawar, Jabir Aftab.
Ramai penduduk di barat daya Pakistan bersetuju bahawa AS menjadi punca peningkatan keganasan global.
"Beliau menjadi presiden sebuah negara yang memiliki sejarah berlakunya banyak pertumpahan darah dan pergaduhan. Bagaimanakah beliau boleh dipilih memenangi hadiah seperti itu?," tambahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: