Thursday, December 3, 2009

Wanita dapat ganti rugi RM112,591




BRADFORD, England - Seorang wanita, Charlotte Gilchrist (gambar) yang hampir hilang penglihatan setelah mengalami reaksi alahan teruk akibat pewarna rambut mendapat ganti rugi £20,000 (RM112,591), lapor sebuah akhbar semalam.

Dia mendapat ganti rugi selepas sebuah mahkamah kelmarin membuat keputusan tersebut dalam kes yang berlaku lima tahun lalu semasa Charlotte berusia 16 tahun.

Semasa kejadian, pelajar Sekolah Tinggi Colne Valley di Huddersfield, West Yorkshire itu mewarnakan rambutnya sehari sebelum menghadiri majlis tari-menari sekolah pada 2004.

Dia yang kini berumur 21 tahun dan ibu kepada seorang anak berkata, kepalanya berasa gatal setelah rambutnya diwarnakan perang ungu oleh seorang pendandan pelatih.

Wanita itu mendapatkan rawatan untuk mengurangkan kesakitan di sebuah hospital dan doktor terpaksa mengambil masa lima hari untuk memulihkannya sebelum penglihatan Charlotte berjaya dipulihkan kembali.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: