|
|
MANILA - Bekas pemimpin kumpulan pemisah Islam Filipina, Nur Misuari dibebaskan atas tuduhan mengetuai pemberontakan pada 2001 yang menyebabkan kira-kira 100 orang terbunuh di selatan negara itu, kata beberapa pegawai semalam.
Mahkamah memutuskan tidak ada bukti yang mencukupi bahawa Nur yang pernah menjadi gabenor Mindanao dan tujuh defendan lain menjadi dalang dalam serangan di Pulau Jolo.
Menurut beberapa pegawai mahkamah, defendan lain turut dibebaskan.
"Pihak pendakwa raya gagal untuk menunjukkan bukti melampau keraguan bahawa jenayah pemberontakan telah dilakukan oleh tertuduh," kata hakim sebuah mahkamah, Winlove Dumayas dalam keputusan penghakimannya.
Nur yang merupakan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melancarkan serangan selama satu dekad sejak 1971, tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Selepas penangkapannya di Malaysia, dia ditahan di sebuah kem polis di selatan Manila sebelum menjalani tahanan di rumah.
Dia melarikan diri ke Malaysia ketika itu berikutan pemberontakan di Pulau Jolo.
Nur dibebaskan dengan ikat jamin pada tahun lalu dan kelmarin mendaftarkan diri sebagai calon gabenor di wilayah Sulu.
Walaupun tidak lagi mempunyai kuasa, Nur masih dianggap sebagai seorang pemimpin minoriti Islam dan mempunyai pengaruh pada Persidangan Pertubuhan Islam (OIC).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: