Wednesday, December 2, 2009

Wali Lebih Senang Dengan Orang Kampung

Inilah pertama kali kumpulan Wali menjejakkan kaki ke Malaysia setelah hampir 10 tahun berkarya di tanah air sendiri, Indonesia. Dan yang pastinya lagu Cari Jodoh benar-benar memberikan impak terhadap populariti band ini.


Band yang mula dikenali dengan nama Fiera ini menukar nama kepada Wali atas permintaan syarikat rakaman tempat mereka bernaung.

"Mereka katakan nama Fiera tidak bagus untuk perjalanan karier kami. Pada mereka, nama yang bagus akan ada nasib yang bagus.

"Oleh itu, mereka berikan nama Wali kerana ia sesuai dengan background kami yang berasal dari Universiti Islam Negeri Jakarta.

"Namun nama itu agak berat sebab kami bagaikan digalas satu tanggungjawab besar. Nama Wali itu adalah wakil. Dan kami berharap dapat mewakili segenap perasaan yang ada," ujar Fa'aank, vokalis Wali.

Band ini mengakui mereka lebih menghargai penduduk di kampung kerana lebih menghargai muzik dan sanggup membeli album original berbanding mereka di kota. Di Indonesia sendiri, menurut vokalisnya, belum pun album dikeluarkan, cetak rompak terlebih dahulu menguasai pasaran.

8 Tahun Tunggu Buat Album

Terpaksa menunggu masa yang lama untuk bikin album, namun yang pastinya usaha Wali berbaloi berikutan sambutan hangat peminat terhadap album terbaru mereka.

"Susah bangat untuk masuk syarikat rakaman. Kami selalu masuk pertandingan namun tak pernah ada yang menang (ketawa). Tapi yang pastinya kami selalu perbaiki kekurangan yang ada.

"Seperti sekarang, kami perjuangkan muzik Pop Melayu dan tak kisah jika orang katakan itu muzik kampung. Namun tak mustahil muzik kami bisa berubah mengikut perkembangan semasa," katanya yang menjadikan Amy Search dan Exist sebagai idola.

Band ini mula bersama ketika masih menuntut di Universiti Islam Negeri Jakarta dan terdiri daripada Fa’ank (vokalis), Apoy (gitar), Ovie (keyboard) dan Tomi (drum).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: