GOMBAK - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan kepakaran dan kemudahan ujian kepada semua syarikat pembuat kereta bagi menguji model rekaan terbaru masing-masing di Terowong Angin Berkelajuan Rendah miliknya.
Rektornya, Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Idid berkata, terowong yang berharga RM10 juta itu mula dibina pada tahun 2002 dan siap baru-baru ini bertujuan meningkatkan sumbangan universiti berkenaan dalam bidang sains, teknologi
|
|
"Kualiti kereta dari aspek kestabilan aerodinamik, keberkesanan sistem penyejukan enjin dan aspek lain boleh diukur menerusi terowong angin ini.
"Justeru itu, UIAM berminat untuk berurusan dengan mana-mana syarikat pengeluar kereta tempatan seperti Proton dan Perodua serta Formula Satu (F1) kerana terowong ini dibina mengikut piawaian antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran terowong berkenaan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam.
Syed Arabi berkata, ketika ini negara-negara perindustrian mengamalkan ujian terowong angin sebelum sesuatu projek seperti pembinaan bangunan tinggi, jambatan, menara dan lapangan terbang diluluskan.
"Terowong angin ini mempunyai aliran subsonik yang rendah dengan bahagian ujian angin maksimum boleh mencecah sehingga 180 kilometer sejam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: