
KUALA LUMPUR - Selepas dijanjikan habuan sebanyak RM10,000 oleh seorang warga Afrika untuk membawa balik sebuah lampu meja dari Brazil, P. Jeyakumar, 37, hampir menjadi 'kaldai dadah' kepada satu sindiket jenayah antarabangsa.
Menurut Jeyakumar, lelaki yang dikenali sebagai Mr. Philips itu pernah menjadi jirannya ketika tinggal di sebuah pangsapuri di Cheras di sini pada April tetapi tidak menyangka dia rupa-rupanya ahli sindiket dadah antarabangsa.
![]() |
| KERATAN Kosmo! 2 Disember 2009 |
"Akhirnya saya ditahan ketika transit di Buenos Aires, Argentina atas dakwaan terlibat dalam sindiket dadah oleh badan perisikan di negara itu," ceritanya pada sidang akhbar selepas dibawa pulang oleh Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Bahagian (Konsular) Kementerian Luar, Ayauf Bachi.
Sejak ditahan pada 20 Jun lalu, Jeyakumar yang juga penghidap skizofrenia diletakkan di bawah jagaan Kedutaan Malaysia di Argentina selama enam bulan dan semalam dia dibawa pulang.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: