KUALA LUMPUR - Kadar tarif elektrik baru di negara ini hanya boleh ditentukan selepas kerajaan mengumumkan hasil kajian semula harga gas asli yang dilaksanakan selewat-lewatnya Februari 2010.
Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh menjelaskan, kajian semula harga bahan api itu merupakan aspek terpenting yang mempengaruhi kadar tarif elektrik di negara ini.
"Selepas kerajaan mengumumkan harga gas daripada kajian semula, baru dapat diputuskan sama ada kadar tarif ini akan naik ataupun turun.
"Perkara itu lebih penting berbanding permohonan TNB untuk menaikkan kadar tarif," kata beliau pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan TNB di sini, semalam.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie.
Jelas Che Khalib, kerajaan akan melaksanakan kajian terhadap harga gas asli setiap tempoh enam bulan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: