| Persembahan hiburan sepanjang Monsoon Cup 2009 di Pualu Doyung, Kuala Terengganu pasti meriah dengan pembabitan majalah hiburan sensasi, URTV terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. sebagai media rasmi berkaitan aktiviti hiburan. Konsert pembuka tirai, Konsert Kick Off yang bermula pada 1 Disember itu nanti akan berlangsung di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu bermula pukul 9.00 malam. Barisan artis yang akan mengadakan persembahan ialah Dayang Nurfaezah, Dafi, Tomok, Elyana, Lan Kristal, Aizat, Ramlah Ram dan Jay Jay. Konsert itu dibawa oleh T-Best Events Sdn. Bhd. yang melantik majalah URTV sebagai penganjur konsert Kick-Off dan juga tiga konsert mini sepanjang Monsoon Cup 2009. Pengunjung yang datang ke Monsoon Cup 2009 juga akan dijamu dalam majlis Jamuan Rakyat yang diadakan pada 4 Disember 2009, di kawasan sekitar Ri-Yaz Heritage Marina Resort @ SPA Pulau Duyong. Selain persembahan artis, Monsoon Cup juga menyediakan pelbagai aktiviti lain seperti sukan rakyat, pertandingan tarian kebudayaan, pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran scuba dan memancing serta bazaar makanan dan kraftangan. |
Tuesday, December 1, 2009
Show Monsoon Cup 2009 pasti meriah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Konsert pada malam itu nanti akan diacarakan oleh dua pengacara sensasi, Farah Fauzana dan Reza AF.
Monsoon Cup 2009 merupakan pertandingan kapal layar bertaraf antarabangsa yang diadakan kali ke-5 di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: