Sunday, December 20, 2009

Shahid, Kareena bersatu?




BAGI peminat Shahid Kapoor dan Kareena Kapoor, jangan lepaskan peluang untuk melihat mereka bergandingan dalam filem yang bakal ditayangkan sempena Hari Kekasih pada 14 Februari 2010. Walaupun mereka bukan pasangan kekasih tetapi ia dirakam semasa mereka hangat bercinta satu ketika dahulu.

Tayangan filem Milenge Milenge terpaksa ditunda kerana masalah memilih tarikh yang paling sesuai dan masalah kewangan.

Filem itu memulakan sesi penggambaran sejak 2004 lalu yang diarahkan oleh Satish Kaushik. Ia juga bakal mengimbas memori saat-saat indah semasa percintaan dua pelakon handalan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: