Sunday, December 20, 2009

Pasha bebas dari tahanan kota


Pasha


PASHA Ungu akhirnya bebas daripada menjadi tahanan kota setelah tiga minggu menjalani hukuman tersebut. Pasha menjadi tahanan kota sejak 25 November lepas setelah melakukan didapati bersalah mencederakan mantan isterinya Okie Agustina.

Pasha dibebaskan setelah melakukan empat kali permohonan pembebasan dan dijamin oleh tiga orang penjamin iaitu Rudi Wanada iaitu Pengurus Ungu, Emil Salim iaitu abang Pasha dan peguamnya.

Jika Pasha melarikan diri, penjaminnya akan dipertanggungjawabkan untuk membayar denda sebanyak RP500 juta iaitu kira-kira RM150,000.

Pembebasan Pasha sebagai tahanan kota bermula pada hari Khamis, 9 Disember lalu.

Melalui pembebasan ini Pasha dapat meneruskan persembahan pentasnya yang sempat terganggu kerana status tahanan kota tersebut.

Namun pembebasan Pasha ini mengundang rasa tidak puas hati mantan isterinya Okie Agustina. Okie telah melaporkan semula masalah itu kepada Menteri Kebajikan Wanita kerana bagi Okie, Pasha telah banyak kali melakukan kekerasan terhadapnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: