Saturday, December 5, 2009

Senarai pendek beli pesawat ganti MIG


PESAWAT Bombadier CI-415 milik Maritim Malaysia melakukan demonstrasi menyembur air sempena LIMA 2009 di Langkawi.


LANGKAWI - Kerajaan menyenarai pendek tawaran dari lima negara bagi cadangan pembelian pesawat pejuang untuk menggantikan MIG 29N yang akan dilupuskan pada tahun depan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, kerajaan telah melihat dan membuat tinjauan awal di kelima-lima negara pengeluar itu dan akan dijemput mengemukakan tender masing-masing.

"Pembelian pesawat itu bagaimanapun akan bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya kepada pemberita semasa meninjau pameran di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2009 (LIMA 2009) semalam.

Menurut beliau, pemilikan aset terbaru itu akan dinilai dari segi kemampuan, keupayaan, pemindahan teknologi, harga, latihan dan pakej yang disediakan.

"Aset baru yang akan menggantikan MIG 29N adalah dari pesawat pejuang pelbagai guna yang kos efektif dan boleh digunakan sekurang-kurangnya 20 tahun," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: