JOHOR BAHRU - Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan berjaya menahan sebuah bot pancung dan merampas 1,140 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM160,000, kira-kira 5 batu nautika tenggara Tanjung Tohor, Batu Pahat Selasa lalu.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Datuk Che Hassan Jusoh berkata, dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, sebuah bot laju APMM yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan sebuah bot pancung tersebut.
Menurut beliau, sebaik dihampiri, bot pancung yang dipercayai dinaiki lebih daripada seorang itu memecut laju menghala ke arah pantai Sungai Pulai.
"Kita mengejar bot tersebut selama 10 minit sebelum sampai ke kawasan persisiran pantai yang dipenuhi pokok-pokok bakau.
"Pemandu bot tersebut kemudian bertindak merempuh pokok-pokok bakau sebelum melarikan diri. Kita menemui bot itu tersadai di celah-celah pokok kira-kira 20 meter dari persisiran pantai," katanya dalam satu kenyataan semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: