STAFFORD - Ramai ibu bapa bimbang jika anak mereka tidak dapat memasuki sekolah rendah yang dekat dengan kediaman mereka namun keadaan itu berbeza di Kampung Derbyshire di Hollinsclough, England.
Bilangan murid di sebuah sekolah di sini cuma lima orang mengatasi jumlah guru yang seramai sembilan orang.
Ia dipercayai sekolah paling kecil bilangan murid di Britain.
Dua tahun lalu, Sekolah Rendah Hollinsclough, 224 kilometer dari London itu memiliki 50 murid yang dapat memenuhi koridor sekolah tetapi kini cuma tinggal empat murid lelaki dan seorang perempuan.
Guru besar sekolah itu, Janette Mountford-Less percaya, pelajarnya memperoleh kelebihan apabila dapat belajar dengan bersemuka guru tanpa diganggu pelajar lain.
Selain guru besar, sekolah itu mempunyai dua orang guru matapelajaran am, seorang guru muzik, seorang guru seni dan seorang pengajar teknologi maklumat serta tiga penolong guru.
Sekolah itu tidak mempunyai pasukan bola sepak.
Murid-murid menggunakan padang sebuah sekolah berhampiran untuk mengikuti pendidikan jasmani.
Terdapat perhimpunan mingguan dan sesi belajar bermula dari pukul 9 pagi hingga 3 petang di sekolah itu.
Murid tertua berusia 10 tahun, Jorge Barna diikuti Steven Bellfield, sembilan tahun manakala murid tunggal perempuan ialah Sammy Wilston.
Bilangan murid merosot apabila ramai keluarga berhijrah dan ada ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah itu kerana bilangan muridnya yang kecil.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: