Wednesday, December 16, 2009

Sehelai jeans, pelbagai baju


Jeans yang dipadankan dengan blaus bercorak perca kain sesuai untuk membeli-belah atau kasual.


DENGAN hanya memiliki sehelai seluar jeans, anda boleh menggayakan dengan beberapa helai baju. Yang penting, anda harus bijak bergaya mengikut suasana atau acara yang dihadiri.

Contohnya, seluar jeans yang digayakan bersama blaus bercorak boleh digayakan ketika membeli-belah atau pergi minum petang bersama kawan-kawan.

Seluar jeans yang digayakan bersama blaus yang nampak agak formal pula boleh digayakan oleh mereka yang bekerja di bidang kolar biru atau lebih tepat mereka yang sering bekerja di luar pejabat.

Dengan jeans juga, anda boleh menggayakan blaus labuh berpotongan tunic untuk ke acara yang memerlukan anda lebih sopan seperti ke rumah saudara-mara dan sebagainya.

Pendek kata anda tidak memerlukan banyak seluar atau jeans kerana dengan hanya sehelai seluar, anda masih boleh nampak bergaya. Jadi tidak perlulah anda membeli banyak seluar bagi digayakan dengan setiap helai baju yang ada di dalam almari anda.

Cuma untuk tampil lebih berkeyakinan, seeloknya anda membeli sehelai seluar jeans yang berjenama. Walaupun harganya lebih mahal sedikit namun potongan jeans ini nampak lebih cantik, dengan jahitan yang berkualiti dan tahan lama. Seperti kata pepatah, alah membeli menang memakai.

Justeru walaupun baju yang anda pakai itu sebenarnya berharga murah namun dengan padanan jeans yang mahal, gaya anda masih tetap nampak vogue.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: