Monday, December 28, 2009

Rita & Aidil baru nak berbulan madu

Selepas setahun sepuluh bulan menjadi suami isteri, akhirnya termakbul juga impian pelakon Rita Rudaini,33, nak berbulan madu dengan suami tersayang, Adil Zafuan,22.

Sebelum ini Rita pernah bercerita kesibukan tugas mereka menyebabkan hasrat nak berbulan madu selepas kahwin tertangguh. Bukannya apa, selepas kahwin, rumah tangga Rita dan Aidil diuji dengan macam-macam ujian.

Lepas itu pula Rita mengandung dan dalam masa yang sama Aidil sibuk dengan latihan bola sepak. Selepas mengharumkan nama negara dengan mengalahkan Vietnam 1-0 dalam sukan Sea yang lepas, Aidil pulang dengan senyuman.

Kebetulan pula dia diberikan cuti, maka peluang itulah Aidil dan Rita gunakan untuk berbulan madu.

Menariknya bulan madu pertama mereka disertai anak tersayang Airit Rayyan Rizqin yang sekarang berusia lima bulan. Masa Niezam hantar SMS kepada Rita Ahad lalu, Rita dalam perjalanan nak ke Pulau Tioman, Pahang. Mereka naik kapal terbang.

Semasa di Pulau Tioman, Rita sempat hantar mesej. Dia kata tak sangka begitu seronok dapat bersama suami dan anak tanpa gangguan sesiapa.

"Best betul bila kita bersama suami tanpa ada gangguan daripada orang lain. Tak sangka, lepas setahun lebih baru dapat berbulan madu dan menikmati keseronokan ini," katanya.

Menurut Rita yang penting dalam percutian itu dia dan Aidil dapat bertukar fikiran serta berbincang untuk menjadi lebih bahagia.

Niezam tanya Rita apa maksud untuk lebih bahagia tu? Adakah selama ini mereka tak bahagia?

Jelas Rita, selama ini mereka memang gembira dengan perkahwinan walaupun banyak dugaannya tetapi semasa bercuti, mereka dapat duduk berbincang mengatasi masalah dalam rumah tangga.

Malah yang lebih penting sejak lahirnya Rayyan, hubungan mereka suami-isteri menjadi bertambah erat. Syukurlah kalau macam itu. Dalam rumah tangga kalau tak ada gaduh-gaduh manja tu, tak ada cabaranlah.

Cuma sedikit sedih menurut Rita ada orang yang masih tidak senang dengan rumah tangganya dan hendak melihat mahligai cinta mereka itu roboh.

Tak apalah Rita, bawa-bawalah bersabar dan banyak-banyak berdoa. Tak ada orang yang berniat jahat akan mendapat balasan baik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: